Showing posts with label Pintasan hati. Show all posts
Showing posts with label Pintasan hati. Show all posts

Saturday, November 12, 2011

Mana letaknya Dia di hati kite??

Tetiba saya nak share feeling saya yg sedang menggebu-gebu nih, dan mudah-mudahan saya nak orang-orang yang membaca blog ni dan sesiapa sahaja yang sedang berada di sekeliling saya turut mengalami perasaan yang sama. 


Kita semua memang dah lama tahu kan, Allah je lah tempat pergantungan kita dan sumber kehidupan kita sampai bila-bila kan. Tapi, bila fikir balik, apa je lah yang kita dah buat untuk bayar balik semua kebaikan Allah tu.. Huhu sedihnya bila saya baca surah Al Hajj, ayat 11: 


"Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah hanya di tepi, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata."


Bila baca balik ayat di atas, saya sedih dan malu dengan diri sendiri huhu, seolah-olahnya itu adalah luahan perasaan Allah buat hamba-hambanya yang tak tahu bersyukur dan sering berbuat keingkaran, malah derhaka pada Allah. Sedangkan dah terlampau banyak nkmat yang Allah dah bagi kat kita nih. Seolah-olahnya, kita tahu Allah penting untuk kehidupan diri kita dan kita bergantung pada Allah bila keadaan mendesak je. Apalah perasaan Allah ye, dahlah Dia beri kita banyaaaaaaaaaaaaak sangat benda kat kita, tapi kita buat macam tak endah je kat dia. Jom kita bukak pulak surah Ibrahim, ayat 34:


"Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat zalim, lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya."


Kadang-kadang, kita selalu tak perasan nikmat apa yang Allah dah bagi kat kita kan? Tapi jomlah kita sama-sama reflek balik kehidupan kita, listkan apa2 je e.g oksigen, nikmat mata, nikmat otak untuk berfikir, kita boleh bergerak, kita cukup makan dan bermacam-macam lagi.. Dan cukuplah nikmat sehari kita hidup for an endless list of nikmat yang Allah dah kurniakan, betul x???


Huhu nak share satu video yang cambest nih..






Ingatlah yang Allah tu selalu je menanti kita untuk memanggil namaNya dan merindui rintihan kita dan selalu ada dekat dengan kita. Cuma kita je yang selalu susah nak sedar benda ni huhu.. Moga kita semua sentiasa dalam rahmatNya dan sentiasa merasai perasaan seorang hamba.....



Monday, December 27, 2010

Syurga itu...

Bismillahhirrahmannirahim...
 Sebenarnya, dah lama saya nak share benda ni tapi entah..baru sekarang dapat menulis.. pasal syurga..
Syurga; destinasi yang diimani org mukmin (n even non-muslim) n malah diidami oleh seluruh manusia..
Tapi kita dah lali kalau org sekeliling sebut pasal syurga..
Sebab dah common sangat, betul x??
Kenape agaknye Allah cerita banyak kali dalam quran pasal syurga??
Sbab nak kite membayangkan ni'mat syurga yg x terjangkau.. Nak ape je, muncul depan mata.. Nak nasi lemak DS, aiskrim maksu ape2 je.. sekelip mata je terus dapat =)
kalau kat dunia ni nak turun blok p DS pun payah, siap suruh org tapau lg..
Jangan risau, kat syurga nanti hang dok rilek je k..

(Surah Muhammad: 15)
Perumpamaan taman syurga yg dijanjikan kepada org2 yg bertakwa;
di sana ada sungai2 yg airnya x payau, dan sungai2 air susu yg x berubah rasanya,
dan sungai-sungai arak yg lazat rasanya bagi peminumnya, dan sungai2 madu yg murni.
Di dalamnya mereka memperoleh segala macam buah-buahan dan ampunan dari Tuhan mereka...

(Al-Ghashiyah: 8-12)
Pada hari itu banyak pula wajah yg berseri2, merasa senang karena usahanya,
mereka dalam syurga yang tinggi, di sana (kamu) tidak mendengar perkataan yg x berguna,
di sana ada mata air yg mengalir.....

Tengok, Allah dah prepare habis2 dah untuk kite..
Tapi, pernah ke kite berhabis-habisan untuk die??

Please consider this situation:-

Satu hari Ali mengajak Abu, kawan baiknya datang ke rumah. Pada mulanya, Abu berasa malas nak p, tapi bila Ali dah start pujuk ngan makanan kesukaan Abu, let's say: spaghetti bolognese n jus oren, barulah Abu setuju nak datang pi rumah si Ali ni. Sbnarnya Ali ni nak jumpa Abu je n jadikan makanan tadi sebagai umpan supaya die datang. Bijak x si Ali ni??

Pada saya, kenapa Allah nak sediakan segala kenikmatan ni untuk hamba-hamba Dia ni,
adalah 1) sebagai rewards amalan baik mu'min
           2) sebab Allah nak jumpa semua hamba-hambanya yang telah berusaha keras kepadaNya..

Faham ke?? Allah yang Maha Penyayang nak jumpa hamba2 Dia!! Perasaan yang jauh lebih hebat dari dijemput Agong makan kat istana. Allah tahu n kenal apa kesukaan hambanya; kenikmatan dunia. That's why Allah lipat kaligandakan nikmat syurga dari dunia, supaya kita lebih terliur nak masuk syurga, & nikmat tu kiranya hanya sebagai umpan ke arahNya.

Ingatlah, nikmat yang paling ultimate sekali: nikmat berjumpa dengan Allah, tatkala Dia membuka hijabnya kepada hamba2nya di syurga...

"Ya Allah, ya Rabbi, luruskanlah hatiku untuk mencapai redhaMu semata-mata"