Tuesday, March 29, 2011

underestimate is never accurate

Bismillahirrahmannirrahim....

Rasanya nak berkongsi sebuah pengalaman waktu cuti baru-baru ni..
Masa cuti saya banyak dihabiskan membuka & menjaga booth di pasaraya KK, untuk mempromosi Kek Lapis Sarawak umi saya =)
Nak dijadikan cerita, suatu hari saya berkenalan dengan seseorang yang turut membuka booth di sebelah booth saya. Sepanjang perkenalan kami, saya difahamkan yang dia, berumur 15 tahun tidak lagi menyambung persekolahan oleh kerana ketidakmampuan ibubapanya. Melihat akan cara hidupnya yang agak bebas, saya membuat tanggapan yang dia adalah salah seorang MK di luar sana.
Keesokan harinya, dia membawa seorang adiknya yang bernama Norani, berumur 9 tahun. Dia ni agak peramah orangnya dan dia banyak menemuramah saya huhu..
Berikut adalah antara intipati perbualan kami:

Ani: Akak belajar kat mane?
Saya: Akak belajar kat KL, nape?
Ani: Akak, bukan tempat KL tu bahaya ke?(dengan muka yg berkerut)
       Nanti kalau akak dah sampai kat airport, sape yang hantar akak?
Saya: Akak naik teksi, dekat je tempat akak ngan airport
Ani: Eeh, tak bahaya ke akak, naik teksi sorang diri?

(Saya terdiam sebentar, cuba menyusun ayat yang senang difahami oleh si kecil)  

Saya: Xpe, akak bawak pisau dalam beg, nanti akak selamat la
Ani: Hmmm.. Akak, bukan pisau tu yang selamatkan akak, tapi Allah yang jaga akak kan??
Saya (dalam hati): Erkk, alamak, dah kena tampar (-_-')

************
Kita seringkali memandang rendah kepada mereka-mereka di luar sana, yang mempunyai potensi besar untuk didakwahi, dengan beranggapan;

"Oh, mungkin tak sesuai dengan level dia lagi kot"
"Die ni kalau aku cakap bukannya paham pun"
"Budak kecik mane paham kalau aku membebel ni"

Sesungguhnya semua hati-hati manusia berada dalam genggamanNya dan kekuasaanNya. Cuma kita yang perlu berusaha untuk menjadi wasilah dalam membuka pintu hati mereka kepada cahaya hidayahNya. Berusahalah mengisi segala isi perbualan kita dengan mad'u-mad'u kita dengan isi membawa mereka kepada Rabb, bukan sekadar mengisi masa lapang berbual-bual atau bercerita lelucon yang lagha, kerana segala-segalanya yang ada pada diri kita bakal menjadi taruhan hidup di akhirat kelak....
Sekian, wassalam...

Tuesday, March 15, 2011

jangan salah tafsir...

Bismillahirrahmanirrahim...
Hanya sekadar ingin berkongsi luahan jiwa dan perasaan...

Cuma nak berkongsi sepotong ayat Quran;

"berkat nikmat Tuhanmu, kamu (Muhammad) sekali-kali bukan orang gila" 
[2:Qalam]

 Secara ringkasnya, ayat ni diturunkan oleh Allah bagi memujuk Nabi yang telah berpenat lelah menyebarkan dakwah islam ni. Sampaikan ada orang gelar baginda sebagai orang gila, tukang sihir & mcm2 lagi gelaran yang menyakitkan jiwa dan raga. 

Bayangkan, betapa hebat dan lajunya dakwah yang nabi bawa waktu kat Mekah, walaupun baginda berseorangan je time tu, sampaikan nabi dapat 'title' tu dari mad'u-mad'u baginda. Ni baru perang psikologi, belum lagi nak cite pasal ancaman bunuh yang Rasulullah saw dapat etc etc..

Ya Allah, malunya nak compare diri kite yang x sesusah mana pun dalam melalui dakwah ni dengan para alim  ulama2 yang dah banyak menerima tentangan dari masyarakat sekeliling, apatah lagi nak bandingkan diri dengan segala kesakitan dan kesedihan yang baginda Rasulullah dah lalui demi kesenangan kita kini...

*****
Meskipun ada di kalangan kita yang dah mula dicop sebagai ekstremis atau kolot atau (fikirlah sendiri), janganlah mudah menabik dada, berbangga dengan 'pencapaian' yang korang dah dapat. Mungkin sebaiknya kita patut reflek balik perbuatan apa yang dah dibuat, sampaikan dicop sebagai ekstremis, misalnya. Boleh jadi perbuatan kita itu sendiri tersilap aturan dan rancangan, sehinggakan mengundang fitnah masyarakat kepada dakwah itu sendiri! 

Memanglah sebuah haraki itu boleh dianggap tidak bergerak seandainya tiada halangan atau kecaman yang menghalangi kelangsungan dakwah, tapi, bukanlah kerja kita untuk mencari masalah dan penyakit. Kerja kita just buat je apa yang Allah suruh buat, i.e. mengajak manusia pada Allah. Hanya Allah sahaja yang tahu samada kita 'eligible' atau tak dalam menggalas bebanan yang lebih berat dari sebelumnya, kan??
Even Rasulullah sendiri x pernah nak highlight kat sahabat2 tentang perlunya untuk mendapat title dalam menyebar dakwah!

Setakat ini sahaja tulisan saya, diharap dapat memberi pedoman kepada pembaca-pembaca sekalian (kalau ada..) Ini hanyalah pandangan dari pihak saya, sebagai hambaNya yang lemah..

Wassalam...