Tuesday, May 8, 2012

Tok tok tok!!!
Hekhek...
Assalamualaikum!!
Ade owang x tempat ni?? Pesal cam berdebu je??

Yeyeye, fine, saya tau saya dah lama dah x update kat blog ni..
Walaupun tau je xde sape akan bace, tapi...
Allah kan tengok ape yg kite buat kan..

Huhu tetiba malam ni, Allah hantar satu perasaan sedih dalam diri ni, tentang betapa secoteknye contribution saya pada jalan ni. Hoho walaupun Allah tak menilai kita based on berapa ramai adek2 yg dah kita bentuk dan turut bergerak, tapi kita sendirilah yang perlu sit down and muhasabah tentang prestasi kerja kita selama ni. Sebab, seorang mukmin tu kan x akan terjatuh ke dalam lubang yang sama dua kali kan :(
Tengah melayan perasaan galau sambil selak Quran tu, tetiba terjumpa ayat 'penampar' ni;

Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir.  (5:67)


Uwaaa...
Sedihnya bila dapat ayat ni, mula2 ingat nak cari pape ayat quran best utk mesej kat adik, tengok2, dapat mesej BAEK PUNYER dari Allah direct...
Hmm bukan nak sedih menonong, tapi satu muhasabah untuk diri saya untuk tetap terus komited di jalan dakwah ni dan AMANAH dengan janji yang kita pernah buat satu masa dulu, di kala diri sangat berkobar2 untuk menjadi golongan Hawariyyun untuk agama Allah ini!!
Hakikatnya, segala janji sumpah taat setia kita pasti akan dipersoal Allah di hari akhirat kelak...
Dan seharusnya kita sebagai daie, tak perlu ada prasangka atau expectation terhadap anak usrah kita. Sebab bila ada something unpleasant berlaku, inshaAllah kita x akan mudah give up sebab kita kena beriman  yang Allah yang Maha Perkasa tu akan jaga kita dari sebarang kejahatan/kesedihan/rejection daripada manusia2 yang kita seru!!!

Moga Allah akan meniupkan bara semangat jihad di dada-dada kita semua dan membuang segala jenis wahan yang beranak-pinak dalalm hati kita ni.
Semoga Allah sentiasa membimbing hamba ini, wallahu'alam...

Saturday, November 12, 2011

Mana letaknya Dia di hati kite??

Tetiba saya nak share feeling saya yg sedang menggebu-gebu nih, dan mudah-mudahan saya nak orang-orang yang membaca blog ni dan sesiapa sahaja yang sedang berada di sekeliling saya turut mengalami perasaan yang sama. 


Kita semua memang dah lama tahu kan, Allah je lah tempat pergantungan kita dan sumber kehidupan kita sampai bila-bila kan. Tapi, bila fikir balik, apa je lah yang kita dah buat untuk bayar balik semua kebaikan Allah tu.. Huhu sedihnya bila saya baca surah Al Hajj, ayat 11: 


"Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah hanya di tepi, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata."


Bila baca balik ayat di atas, saya sedih dan malu dengan diri sendiri huhu, seolah-olahnya itu adalah luahan perasaan Allah buat hamba-hambanya yang tak tahu bersyukur dan sering berbuat keingkaran, malah derhaka pada Allah. Sedangkan dah terlampau banyak nkmat yang Allah dah bagi kat kita nih. Seolah-olahnya, kita tahu Allah penting untuk kehidupan diri kita dan kita bergantung pada Allah bila keadaan mendesak je. Apalah perasaan Allah ye, dahlah Dia beri kita banyaaaaaaaaaaaaak sangat benda kat kita, tapi kita buat macam tak endah je kat dia. Jom kita bukak pulak surah Ibrahim, ayat 34:


"Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat zalim, lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya."


Kadang-kadang, kita selalu tak perasan nikmat apa yang Allah dah bagi kat kita kan? Tapi jomlah kita sama-sama reflek balik kehidupan kita, listkan apa2 je e.g oksigen, nikmat mata, nikmat otak untuk berfikir, kita boleh bergerak, kita cukup makan dan bermacam-macam lagi.. Dan cukuplah nikmat sehari kita hidup for an endless list of nikmat yang Allah dah kurniakan, betul x???


Huhu nak share satu video yang cambest nih..






Ingatlah yang Allah tu selalu je menanti kita untuk memanggil namaNya dan merindui rintihan kita dan selalu ada dekat dengan kita. Cuma kita je yang selalu susah nak sedar benda ni huhu.. Moga kita semua sentiasa dalam rahmatNya dan sentiasa merasai perasaan seorang hamba.....



Tuesday, September 20, 2011

just a short one....

Bismillahirrahmanirrahim.....


It's been awhile since my last post here. I daresay that I'm kind of busy during the Ramadhan for baking cakes (*wink) and Syawal for getting back home to Kuching after 10 years celebrating raya at Kota Kinabalu. Just imagine, how many relatives' houses that should be visited (it's kinda debt that need to be repay after a long time hehe). And currently, it's been two days I've been acknowledged as NUMed students. Phewww, I have to remind myself that I'm doing this blogging not for the sake of my enjoyment, thus on-off pattern should not be practiced here in this blog, right?!


Alhamdulillah, thanks to Allah for all his rahmah and mercy in my life journey, for all His uncountable gifts for me and giving me chances to stay in His path, although I admit that sometimes I tend to got astray and His Hands are always there to catch me from throwing myself to the pit of hell (refer Ali Imran:103). Sounds harsh right. but that's the truth anyway. That's why lots of ulama' (s) teach us to practice muhasabah before sleep, just to ponder upon all the things that we have done today and also to remind ourselves, that we should be a grateful servant as Allah has give us SOOOOOOOO MUCH for the wonderful day. Just to remind myself and those who read the post:-


'Life is about who we love' 

If it's truly our love is Allah and our life is about Him, then why do many of our action still does not reflect the words???? 


*p/s: Tepuk dada, sakit sendirilah ye;)

Tuesday, July 12, 2011

Malaysia Oh Tanah Airku...

Hati saya rasa gundah gulana 2, 3 hari ni. Selagi saya tak 'muntah'kan segala kepeningan saya kat blog ni, tak tahulah nak guna medium apa lagi. Saya rasa sedih sangat-sangat mengenangkan realiti umat masyarakat sekarang. Bila dah betul-betul keluar dari 'kandang' saya selama ni, barulah dapat menilai separah manakah keadaan masyarakat kita sekarang nih. Dengan kes rogolnya tiap2 hari muncul kat akhbar, kes bunuh yang tak habis2 muncul kat tv, plus betapa membanjirnya hiburan-hiburan yang melampau di mana-mana.

Terus-terang saya cakap, I was hoping that bila kitaorang dah start cut down Astro (honestly, YEAYY!!), jumlah hiburan di rumah akan jadi berkurangan. Tetapi sebenarnya, memang betullah kata ustaz Hasrizal, masyarakat Malaysia ni memang ketagih hiburan sangat3x, adanya high supply is caused by high demand la kan. Walaupun ada 5 channel je, tapi dah cukup untuk melaghakan 24/7 sebenarnye, adohai..

Saya rasa antara faedah yang saya dapat sepanjang memerah otak untuk memahami TOK, adalah mengajar diri menjadi seorang yang skeptic. Huhu frankly speaking, hidup di zaman canggih-manggih sekarang ni memerlukan diri untuk tidak mempercayai sepenuhnya cerita berita yang disuguhkan pada kita. Lebih-lebih lagi jika kita tidak berada di tempat kejadian dan ia memerlukan kita untuk melihat sesuatu perkara menggunakan pelbagai perspektif untuk menilainya.

Oh sebenarnya, saya hendak berkongsi sebuah video kat sini tentang perhimpunan 709 yang berlangsung baru-baru ni. Marilah kita menilai segalanya yang ada di sekeliling kita menggunakan kaca mata hati, bukannya pandangan nafsu semata...


Rasanya ramai yang dah tengok video ni, tapi apa yang saya rasa ialah kesedihan dan kegeraman seorang rakyat yang ingin melihat keadilan kembali tertegak. Rasa kena tipu hidup-hidup pulak bila compare sumber2 lain dengan sumber yang sering +mudah didapati oleh rakyat malaysia. Persoalannya, apakah selepas kita habis meng'kondem' mana2 pihak, kita hanya akan duduk diam begitu sahaja?? Orang-orang sebegitulah yang patut dipanggil pengecut, sebab tau komen je, kerjanya habuk pun takde.

Bagi saya, senario yang berlaku di negara kita sendiri sudah jelas membuktikan kepincangan nilai moral dan akhlak dalam masyarakat, mahupun dalam kalangan golongan atasan kita. Tapi, apakah yang patut kita lakukan sekarang?

...Tegakkan Islam dalam dirimu, nescaya ia akan tertegak di sekelilingmu....
(Hassan Al-Banna)

Nampak mudah bukan, tapi mewujudkan Islam dalam diri itu semestinya akan membawa seluruh pakej yang lengkap; seorang anak yang patuh pada orangtuanya, seorang bapa/ibu yang dedikasi dalam mentarbiyah anaknya, seorang pekerja yang amanah dalam tugasannya, seorang ketua yang mengambil berat kebajikan anak buahnya, hatta seorang menteri yang lebih memikirkan soal rakyat dari dirinya sendiri. Kerana apa? kerana menjadi seorang Muslim itu bererti merasakan diri tertakluk pada syariat dan peraturanNya 24/7, kan? Seperti firman Allah dalam Al-Baqarah, ayat 208;

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang dan nyata

Mudah-mudahan segala perasaan kecewa dan sedih kita itu, dapat menjadi kekuatan dan booster untuk kita terus bergerak dan bekerja. Kerana sesungguhnya kita sedar tanggungjawab merubah umat ini terletak di pundak kita semua. Harapnya jugak segala perasaan itu tadi, tidak hanya disimpan dan ditakung macam air longkang, yang membusuk sebab tidak dialirkan ke tempat yang sepatutnya.

Ayuh semua, 'reformasi' diri kita!!

Friday, July 8, 2011

Suatu hari pernah ditegur Allah (memang rasa tertampar sngt2!!!). Adalah hari tu, tolong umi jaga booth kek lapis. Pastu tengah dok layan2 customer yg datang, tetiba ter'serempak' dengan 1 quotation nih;

"Life is about who u love"

Sebaris kata-kata yng cukup mengganggu ketenteraman saya untuk beberapa hari ni..
Hidup kita ni sememangnya berlandaskan akan kecintaan kita semata-mata; contohnya, kalau ada pasangan sendiri, mesti 24/7 kita dok bergayut kat tepon ngan dia atau asyik terbayang je wajah si dia. Contoh lain lagi, kalaulah kita ni penyokong bola fanatik, cintakan bola sesangat, dapat tau je malam ni ada piala liga super, sanggup 'qiam' (bangun malam) utk menonton siaran langsung. Atau lebih up lagi, sanggup tempah tiket flight ke negeri X untuk menyokong pasukan negeri sendiri di tempat orang. Nak katanya, kalau dah memang betul kita cintakan sesuatu dengan seluruh jiwa raga, mesti seluruh kehidupan kita akan dihabiskan untuk memperjuangkan kecintaan kita tu!!!

Hakikatnya, kita yang sedang atau baru atau pernah (pape je la) mengenai Islam yg sbenarnye ni, seringkali mengatakan, "Oh, aku nak sangat rasa cinta Allah tu mcm mana" atau rasa yang cinta kita kat Allah dah cukup besar. Malu didengar dek penduduk langit kat atas sana tu atau didengar oleh para sahabat yang dah duduk-duduk kat dipan2 syurga tu. Sebab kalaulah betul kita memang cintakan Allah, seharusnya seluruh hidup kita ni berorientasikan suruhan Allah dan warisan Nabi SAW.
If u really love Him, then your life should be all about Him. Which means that, kita akan buat apa je yang Allah dah suruh sebagai 2 misi besar kita dihidupkan, which is 2:30 and 51:56. (Err, tolong refer kat quran ye, tu no. surah n ayat keberapa =) )

Buat mereka yang bergelar seorang daie, seharusnya kita lebih merefleksi diri akan segala amalan perbuatan kita. Kalaulah memang betul kita nakkan kemenangan yang agung tu (refer 9:100) which are keredaan Allah & nikmat syurga tu, kenalah mencorakkan kehidupan kita dengan perkara2 yang mendekatkan diri kita kepada Allah, bukannya sengaja membiarkan diri jadi berkulat dengan karat-karat jahiliyah yang 'diternak' dalam diri tu. Bangkitlah dari tidur panjangmu wahai sahabat dan bergeraklah mengikut kemampuanmu, kerana inshaAllah setiap langkah perjuangan ini pasti akan diambil kira buat timbangan Al-Mizan di akhirat kelak. Cuti bukanlah sebagai satu alasan buat kita untuk semakin menjauhkan diri dari rahmatNya, tetapi sepatutnya dipandang sebagai salah satu wasilah (medium) ujian kita di luar kandang tarbiyah kita selama ni.

Cukuplah ayat 11, surah Al-Hajj ini sebagai sebuah peringatan dari Allah:

"Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah hanya di tepi, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata"


Dalam keadaan sedar atau pun tak, manusia zaman sekarang kebanyakannya menjadi 'penyembah tepi' Allah,  maksudnye, bukan jadi muslim sepenuh masa, sedangkan itulah satu-satunya task kita hidup sebenarnya. Oleh itu marilah kita semua berusaha sepenuhnya untuk menjadi 'a full time muslim' dan berjuang demi kecintaan kita pada Allah.

.....kerana hidup tanpa perjuangan itu adalah suatu keaiban... (Anonymous)

Thursday, May 19, 2011

Manusia yang suka beralasan..

Assalamualaikum...
Lamanya dah x update blog ni, rasa rindu plak nak menulis pape n jari pun dah rasa 'numb' untuk menaip huhu.. Alhamdulillah, saya dah pun bergelar ex-IB student (exam bio paper 3 pagi tadi last paper huhu). Rasa gembira sangat2 n x sabar utk bertukar lokasi n dalam masa yg sama sedih.. sebab bakal meninggalkan sekolah tarbiyah pertama saya..yang banyak mengajar erti hidup yg sebenar-benarnya..yang telah mempertemukan saya dengan manusia2 yang turut sehaluan dalam mencari redhaNya..dan diberi peluang oleh Allah untuk merasai nikmat Islam dan iman itu sendiri, walaupun sebelum ni hanya bermain-main di bibir saja..

**********
          Kalau orang tanya kita tentang apa tujuan kita belajar tinggi2 kan, mesti ramai yang akan jawab "Family kot", atau "Saya memang minat belajar dari kecik tau" ataupun "Ntah, mak yang hantar, saya ikut je". Namun tidak kurang juga yang menyatakan,

"Saya belajar sebab Allah"

Ayat sebegini memang seringkali kedengaran di mulut-mulut pelajar yang segenerasi dengan saya. Alhamdulillah, ramai yang tahu akan pentingnya tujuan belajar itu disandarkan pada Allah. Tapi, sekadar untuk foreksi dan muhasabah diri, tanya balik pada diri, BETUL KE APA YANG AKU CAKAP TU?



                  إِنَّآ أَنزَلْنَآ إِلَيْكَ الْكِتَـبَ بِالْحَقِّ فَاعْبُدِ اللَّهَ مُخْلِصاً لَّهُ الدِّينِ
(2. Verily, We have sent down the Book to you in truth. So, worship Allah by doing religious deeds sincerely for Him only.)

أَلاَ لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ وَالَّذِينَ اتَّخَذُواْ مِن دُونِهِ أَوْلِيَآءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلاَّ لِيُقَرِّبُونَآ إِلَى اللَّهِ زُلْفَى إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِى مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ إِنَّ اللَّهَ لاَ يَهْدِى مَنْ هُوَ كَـذِبٌ كَـفَّارٌ
(3. Surely, the religion is for Allah only. And those who take protectors besides Him (say): "We worship them only that they may bring us near to Allah.'' Verily, Allah will judge between them concerning that wherein they differ. Truly, Allah guides not him who is a liar, and a disbeliever.)

(Surah Az-Zumar,39: 2-3)

Ayat di atas diturunkan oleh Allah SWT setelah Nabi berdakwah pada masyarakat Quraisy Mekah supaya meninggalkan penyembahan berhala, tetapi dibalas oleh mereka,

"Kami sembah berhala untuk mendekatkan diri pada Allah" 

atau dalam erti kata pendeknya,

"Kami sembah berhala sebab Allah"

Dalam ayat 39:3, tampaklah sikap musyrikin Quraisy yang sangat bermuka-muka dalam mengelak untuk didakwahi oleh Nabi SAW. Mereka mengatakan berhala yg disembah itu adalah kerana Allah, tapi pada hakikatnya mereka x nak berpaling dari agama nenek moyang mereka yang bagi mereka, memberi lebih kebebasan dan kemewahan duniawi. Kemudian, Allah tutup ayat 3 dengan mengatakan yang, "Allah tidak akan memberi petunjuk pada pendusta & org yang sangat ingkar."

             Jelaslah orang kafir Quraisy itu dilabel oleh Allah sebagai golongan penipu sebab nak meng'cover' maksiat yg dilakukan. Berbalik pada konteks kita, adakah sudah suci bersih hati kita dalam mengatakan 'kita belajar sebab Allah' atau ia sekadar menjadi halwa telinga bagi sesiapa yg mendengar? Betul ke kita belajar sebab Allah? Cuba tengok, sama tak,

"Saya belajar sebab Allah"
dengan
"Kami sembah berhala sebab Allah" ?


Tepuk dada, tanyalah iman dan akal kita sendiri, sama ada kita ni dah tergolong sebagai penipu yang dicakap oleh Allah atau memang betul kita ni hamba Dia, yang lebih berhak disembah berbanding dengan perkara2 lain seperti, study kita. Masih belum terlambat lagi untuk kita membetulkan niat dalam berbuat ibadah selagi mana Allah masih memberi peluang kita untuk bernafas. Semoga menjadi iktibar buat mereka yang hendak mengambil peringatan. Wallahualam bisshawab..

Tuesday, March 29, 2011

underestimate is never accurate

Bismillahirrahmannirrahim....

Rasanya nak berkongsi sebuah pengalaman waktu cuti baru-baru ni..
Masa cuti saya banyak dihabiskan membuka & menjaga booth di pasaraya KK, untuk mempromosi Kek Lapis Sarawak umi saya =)
Nak dijadikan cerita, suatu hari saya berkenalan dengan seseorang yang turut membuka booth di sebelah booth saya. Sepanjang perkenalan kami, saya difahamkan yang dia, berumur 15 tahun tidak lagi menyambung persekolahan oleh kerana ketidakmampuan ibubapanya. Melihat akan cara hidupnya yang agak bebas, saya membuat tanggapan yang dia adalah salah seorang MK di luar sana.
Keesokan harinya, dia membawa seorang adiknya yang bernama Norani, berumur 9 tahun. Dia ni agak peramah orangnya dan dia banyak menemuramah saya huhu..
Berikut adalah antara intipati perbualan kami:

Ani: Akak belajar kat mane?
Saya: Akak belajar kat KL, nape?
Ani: Akak, bukan tempat KL tu bahaya ke?(dengan muka yg berkerut)
       Nanti kalau akak dah sampai kat airport, sape yang hantar akak?
Saya: Akak naik teksi, dekat je tempat akak ngan airport
Ani: Eeh, tak bahaya ke akak, naik teksi sorang diri?

(Saya terdiam sebentar, cuba menyusun ayat yang senang difahami oleh si kecil)  

Saya: Xpe, akak bawak pisau dalam beg, nanti akak selamat la
Ani: Hmmm.. Akak, bukan pisau tu yang selamatkan akak, tapi Allah yang jaga akak kan??
Saya (dalam hati): Erkk, alamak, dah kena tampar (-_-')

************
Kita seringkali memandang rendah kepada mereka-mereka di luar sana, yang mempunyai potensi besar untuk didakwahi, dengan beranggapan;

"Oh, mungkin tak sesuai dengan level dia lagi kot"
"Die ni kalau aku cakap bukannya paham pun"
"Budak kecik mane paham kalau aku membebel ni"

Sesungguhnya semua hati-hati manusia berada dalam genggamanNya dan kekuasaanNya. Cuma kita yang perlu berusaha untuk menjadi wasilah dalam membuka pintu hati mereka kepada cahaya hidayahNya. Berusahalah mengisi segala isi perbualan kita dengan mad'u-mad'u kita dengan isi membawa mereka kepada Rabb, bukan sekadar mengisi masa lapang berbual-bual atau bercerita lelucon yang lagha, kerana segala-segalanya yang ada pada diri kita bakal menjadi taruhan hidup di akhirat kelak....
Sekian, wassalam...