Kita semua memang dah lama tahu kan, Allah je lah tempat pergantungan kita dan sumber kehidupan kita sampai bila-bila kan. Tapi, bila fikir balik, apa je lah yang kita dah buat untuk bayar balik semua kebaikan Allah tu.. Huhu sedihnya bila saya baca surah Al Hajj, ayat 11:
"Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah hanya di tepi, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata."
Bila baca balik ayat di atas, saya sedih dan malu dengan diri sendiri huhu, seolah-olahnya itu adalah luahan perasaan Allah buat hamba-hambanya yang tak tahu bersyukur dan sering berbuat keingkaran, malah derhaka pada Allah. Sedangkan dah terlampau banyak nkmat yang Allah dah bagi kat kita nih. Seolah-olahnya, kita tahu Allah penting untuk kehidupan diri kita dan kita bergantung pada Allah bila keadaan mendesak je. Apalah perasaan Allah ye, dahlah Dia beri kita banyaaaaaaaaaaaaak sangat benda kat kita, tapi kita buat macam tak endah je kat dia. Jom kita bukak pulak surah Ibrahim, ayat 34:
"Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat zalim, lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya."
Kadang-kadang, kita selalu tak perasan nikmat apa yang Allah dah bagi kat kita kan? Tapi jomlah kita sama-sama reflek balik kehidupan kita, listkan apa2 je e.g oksigen, nikmat mata, nikmat otak untuk berfikir, kita boleh bergerak, kita cukup makan dan bermacam-macam lagi.. Dan cukuplah nikmat sehari kita hidup for an endless list of nikmat yang Allah dah kurniakan, betul x???
Huhu nak share satu video yang cambest nih..
Ingatlah yang Allah tu selalu je menanti kita untuk memanggil namaNya dan merindui rintihan kita dan selalu ada dekat dengan kita. Cuma kita je yang selalu susah nak sedar benda ni huhu.. Moga kita semua sentiasa dalam rahmatNya dan sentiasa merasai perasaan seorang hamba.....
=)
ReplyDeleteHai jannahhh ;)
ReplyDelete