Assalamualaikum...
Lamanya dah x update blog ni, rasa rindu plak nak menulis pape n jari pun dah rasa 'numb' untuk menaip huhu.. Alhamdulillah, saya dah pun bergelar ex-IB student (exam bio paper 3 pagi tadi last paper huhu). Rasa gembira sangat2 n x sabar utk bertukar lokasi n dalam masa yg sama sedih.. sebab bakal meninggalkan sekolah tarbiyah pertama saya..yang banyak mengajar erti hidup yg sebenar-benarnya..yang telah mempertemukan saya dengan manusia2 yang turut sehaluan dalam mencari redhaNya..dan diberi peluang oleh Allah untuk merasai nikmat Islam dan iman itu sendiri, walaupun sebelum ni hanya bermain-main di bibir saja..
**********
Kalau orang tanya kita tentang apa tujuan kita belajar tinggi2 kan, mesti ramai yang akan jawab "Family kot", atau "Saya memang minat belajar dari kecik tau" ataupun "Ntah, mak yang hantar, saya ikut je". Namun tidak kurang juga yang menyatakan,
"Saya belajar sebab Allah"
Ayat sebegini memang seringkali kedengaran di mulut-mulut pelajar yang segenerasi dengan saya. Alhamdulillah, ramai yang tahu akan pentingnya tujuan belajar itu disandarkan pada Allah. Tapi, sekadar untuk foreksi dan muhasabah diri, tanya balik pada diri, BETUL KE APA YANG AKU CAKAP TU?
إِنَّآ أَنزَلْنَآ إِلَيْكَ الْكِتَـبَ بِالْحَقِّ فَاعْبُدِ اللَّهَ مُخْلِصاً لَّهُ الدِّينِ
(2. Verily, We have sent down the Book to you in truth. So, worship Allah by doing religious deeds sincerely for Him only.)
أَلاَ لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ وَالَّذِينَ اتَّخَذُواْ مِن دُونِهِ أَوْلِيَآءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلاَّ لِيُقَرِّبُونَآ إِلَى اللَّهِ زُلْفَى إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِى مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ إِنَّ اللَّهَ لاَ يَهْدِى مَنْ هُوَ كَـذِبٌ كَـفَّارٌ
(3. Surely, the religion is for Allah only. And those who take protectors besides Him (say): "We worship them only that they may bring us near to Allah.'' Verily, Allah will judge between them concerning that wherein they differ. Truly, Allah guides not him who is a liar, and a disbeliever.)(Surah Az-Zumar,39: 2-3)
"Kami sembah berhala untuk mendekatkan diri pada Allah"
atau dalam erti kata pendeknya,
"Kami sembah berhala sebab Allah"
Dalam ayat 39:3, tampaklah sikap musyrikin Quraisy yang sangat bermuka-muka dalam mengelak untuk didakwahi oleh Nabi SAW. Mereka mengatakan berhala yg disembah itu adalah kerana Allah, tapi pada hakikatnya mereka x nak berpaling dari agama nenek moyang mereka yang bagi mereka, memberi lebih kebebasan dan kemewahan duniawi. Kemudian, Allah tutup ayat 3 dengan mengatakan yang, "Allah tidak akan memberi petunjuk pada pendusta & org yang sangat ingkar."
Jelaslah orang kafir Quraisy itu dilabel oleh Allah sebagai golongan penipu sebab nak meng'cover' maksiat yg dilakukan. Berbalik pada konteks kita, adakah sudah suci bersih hati kita dalam mengatakan 'kita belajar sebab Allah' atau ia sekadar menjadi halwa telinga bagi sesiapa yg mendengar? Betul ke kita belajar sebab Allah? Cuba tengok, sama tak,
"Saya belajar sebab Allah"
dengan
"Kami sembah berhala sebab Allah" ?
Tepuk dada, tanyalah iman dan akal kita sendiri, sama ada kita ni dah tergolong sebagai penipu yang dicakap oleh Allah atau memang betul kita ni hamba Dia, yang lebih berhak disembah berbanding dengan perkara2 lain seperti, study kita. Masih belum terlambat lagi untuk kita membetulkan niat dalam berbuat ibadah selagi mana Allah masih memberi peluang kita untuk bernafas. Semoga menjadi iktibar buat mereka yang hendak mengambil peringatan. Wallahualam bisshawab..
No comments:
Post a Comment