Friday, July 8, 2011

Suatu hari pernah ditegur Allah (memang rasa tertampar sngt2!!!). Adalah hari tu, tolong umi jaga booth kek lapis. Pastu tengah dok layan2 customer yg datang, tetiba ter'serempak' dengan 1 quotation nih;

"Life is about who u love"

Sebaris kata-kata yng cukup mengganggu ketenteraman saya untuk beberapa hari ni..
Hidup kita ni sememangnya berlandaskan akan kecintaan kita semata-mata; contohnya, kalau ada pasangan sendiri, mesti 24/7 kita dok bergayut kat tepon ngan dia atau asyik terbayang je wajah si dia. Contoh lain lagi, kalaulah kita ni penyokong bola fanatik, cintakan bola sesangat, dapat tau je malam ni ada piala liga super, sanggup 'qiam' (bangun malam) utk menonton siaran langsung. Atau lebih up lagi, sanggup tempah tiket flight ke negeri X untuk menyokong pasukan negeri sendiri di tempat orang. Nak katanya, kalau dah memang betul kita cintakan sesuatu dengan seluruh jiwa raga, mesti seluruh kehidupan kita akan dihabiskan untuk memperjuangkan kecintaan kita tu!!!

Hakikatnya, kita yang sedang atau baru atau pernah (pape je la) mengenai Islam yg sbenarnye ni, seringkali mengatakan, "Oh, aku nak sangat rasa cinta Allah tu mcm mana" atau rasa yang cinta kita kat Allah dah cukup besar. Malu didengar dek penduduk langit kat atas sana tu atau didengar oleh para sahabat yang dah duduk-duduk kat dipan2 syurga tu. Sebab kalaulah betul kita memang cintakan Allah, seharusnya seluruh hidup kita ni berorientasikan suruhan Allah dan warisan Nabi SAW.
If u really love Him, then your life should be all about Him. Which means that, kita akan buat apa je yang Allah dah suruh sebagai 2 misi besar kita dihidupkan, which is 2:30 and 51:56. (Err, tolong refer kat quran ye, tu no. surah n ayat keberapa =) )

Buat mereka yang bergelar seorang daie, seharusnya kita lebih merefleksi diri akan segala amalan perbuatan kita. Kalaulah memang betul kita nakkan kemenangan yang agung tu (refer 9:100) which are keredaan Allah & nikmat syurga tu, kenalah mencorakkan kehidupan kita dengan perkara2 yang mendekatkan diri kita kepada Allah, bukannya sengaja membiarkan diri jadi berkulat dengan karat-karat jahiliyah yang 'diternak' dalam diri tu. Bangkitlah dari tidur panjangmu wahai sahabat dan bergeraklah mengikut kemampuanmu, kerana inshaAllah setiap langkah perjuangan ini pasti akan diambil kira buat timbangan Al-Mizan di akhirat kelak. Cuti bukanlah sebagai satu alasan buat kita untuk semakin menjauhkan diri dari rahmatNya, tetapi sepatutnya dipandang sebagai salah satu wasilah (medium) ujian kita di luar kandang tarbiyah kita selama ni.

Cukuplah ayat 11, surah Al-Hajj ini sebagai sebuah peringatan dari Allah:

"Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah hanya di tepi, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata"


Dalam keadaan sedar atau pun tak, manusia zaman sekarang kebanyakannya menjadi 'penyembah tepi' Allah,  maksudnye, bukan jadi muslim sepenuh masa, sedangkan itulah satu-satunya task kita hidup sebenarnya. Oleh itu marilah kita semua berusaha sepenuhnya untuk menjadi 'a full time muslim' dan berjuang demi kecintaan kita pada Allah.

.....kerana hidup tanpa perjuangan itu adalah suatu keaiban... (Anonymous)

4 comments:

  1. jazakillah jannah for agreat reminder..~_~

    ReplyDelete
  2. wa iyyaki bella, a great reminder for me as well (T_T)

    ReplyDelete
  3. kepada cik admin:::letak chatbox satu ag. senang nak beri pandangan simple..

    ^^

    ReplyDelete
  4. kepada anonymous: jazakillah di atas suggestion anda (^_^)

    ReplyDelete