Hanya sekadar ingin berkongsi luahan jiwa dan perasaan...
Cuma nak berkongsi sepotong ayat Quran;
"berkat nikmat Tuhanmu, kamu (Muhammad) sekali-kali bukan orang gila"
[2:Qalam]
Secara ringkasnya, ayat ni diturunkan oleh Allah bagi memujuk Nabi yang telah berpenat lelah menyebarkan dakwah islam ni. Sampaikan ada orang gelar baginda sebagai orang gila, tukang sihir & mcm2 lagi gelaran yang menyakitkan jiwa dan raga.
Bayangkan, betapa hebat dan lajunya dakwah yang nabi bawa waktu kat Mekah, walaupun baginda berseorangan je time tu, sampaikan nabi dapat 'title' tu dari mad'u-mad'u baginda. Ni baru perang psikologi, belum lagi nak cite pasal ancaman bunuh yang Rasulullah saw dapat etc etc..
Ya Allah, malunya nak compare diri kite yang x sesusah mana pun dalam melalui dakwah ni dengan para alim ulama2 yang dah banyak menerima tentangan dari masyarakat sekeliling, apatah lagi nak bandingkan diri dengan segala kesakitan dan kesedihan yang baginda Rasulullah dah lalui demi kesenangan kita kini...
*****
Meskipun ada di kalangan kita yang dah mula dicop sebagai ekstremis atau kolot atau (fikirlah sendiri), janganlah mudah menabik dada, berbangga dengan 'pencapaian' yang korang dah dapat. Mungkin sebaiknya kita patut reflek balik perbuatan apa yang dah dibuat, sampaikan dicop sebagai ekstremis, misalnya. Boleh jadi perbuatan kita itu sendiri tersilap aturan dan rancangan, sehinggakan mengundang fitnah masyarakat kepada dakwah itu sendiri!
Memanglah sebuah haraki itu boleh dianggap tidak bergerak seandainya tiada halangan atau kecaman yang menghalangi kelangsungan dakwah, tapi, bukanlah kerja kita untuk mencari masalah dan penyakit. Kerja kita just buat je apa yang Allah suruh buat, i.e. mengajak manusia pada Allah. Hanya Allah sahaja yang tahu samada kita 'eligible' atau tak dalam menggalas bebanan yang lebih berat dari sebelumnya, kan??
Even Rasulullah sendiri x pernah nak highlight kat sahabat2 tentang perlunya untuk mendapat title dalam menyebar dakwah!
Setakat ini sahaja tulisan saya, diharap dapat memberi pedoman kepada pembaca-pembaca sekalian (kalau ada..) Ini hanyalah pandangan dari pihak saya, sebagai hambaNya yang lemah..
Wassalam...
No comments:
Post a Comment