Tuesday, July 12, 2011

Malaysia Oh Tanah Airku...

Hati saya rasa gundah gulana 2, 3 hari ni. Selagi saya tak 'muntah'kan segala kepeningan saya kat blog ni, tak tahulah nak guna medium apa lagi. Saya rasa sedih sangat-sangat mengenangkan realiti umat masyarakat sekarang. Bila dah betul-betul keluar dari 'kandang' saya selama ni, barulah dapat menilai separah manakah keadaan masyarakat kita sekarang nih. Dengan kes rogolnya tiap2 hari muncul kat akhbar, kes bunuh yang tak habis2 muncul kat tv, plus betapa membanjirnya hiburan-hiburan yang melampau di mana-mana.

Terus-terang saya cakap, I was hoping that bila kitaorang dah start cut down Astro (honestly, YEAYY!!), jumlah hiburan di rumah akan jadi berkurangan. Tetapi sebenarnya, memang betullah kata ustaz Hasrizal, masyarakat Malaysia ni memang ketagih hiburan sangat3x, adanya high supply is caused by high demand la kan. Walaupun ada 5 channel je, tapi dah cukup untuk melaghakan 24/7 sebenarnye, adohai..

Saya rasa antara faedah yang saya dapat sepanjang memerah otak untuk memahami TOK, adalah mengajar diri menjadi seorang yang skeptic. Huhu frankly speaking, hidup di zaman canggih-manggih sekarang ni memerlukan diri untuk tidak mempercayai sepenuhnya cerita berita yang disuguhkan pada kita. Lebih-lebih lagi jika kita tidak berada di tempat kejadian dan ia memerlukan kita untuk melihat sesuatu perkara menggunakan pelbagai perspektif untuk menilainya.

Oh sebenarnya, saya hendak berkongsi sebuah video kat sini tentang perhimpunan 709 yang berlangsung baru-baru ni. Marilah kita menilai segalanya yang ada di sekeliling kita menggunakan kaca mata hati, bukannya pandangan nafsu semata...


Rasanya ramai yang dah tengok video ni, tapi apa yang saya rasa ialah kesedihan dan kegeraman seorang rakyat yang ingin melihat keadilan kembali tertegak. Rasa kena tipu hidup-hidup pulak bila compare sumber2 lain dengan sumber yang sering +mudah didapati oleh rakyat malaysia. Persoalannya, apakah selepas kita habis meng'kondem' mana2 pihak, kita hanya akan duduk diam begitu sahaja?? Orang-orang sebegitulah yang patut dipanggil pengecut, sebab tau komen je, kerjanya habuk pun takde.

Bagi saya, senario yang berlaku di negara kita sendiri sudah jelas membuktikan kepincangan nilai moral dan akhlak dalam masyarakat, mahupun dalam kalangan golongan atasan kita. Tapi, apakah yang patut kita lakukan sekarang?

...Tegakkan Islam dalam dirimu, nescaya ia akan tertegak di sekelilingmu....
(Hassan Al-Banna)

Nampak mudah bukan, tapi mewujudkan Islam dalam diri itu semestinya akan membawa seluruh pakej yang lengkap; seorang anak yang patuh pada orangtuanya, seorang bapa/ibu yang dedikasi dalam mentarbiyah anaknya, seorang pekerja yang amanah dalam tugasannya, seorang ketua yang mengambil berat kebajikan anak buahnya, hatta seorang menteri yang lebih memikirkan soal rakyat dari dirinya sendiri. Kerana apa? kerana menjadi seorang Muslim itu bererti merasakan diri tertakluk pada syariat dan peraturanNya 24/7, kan? Seperti firman Allah dalam Al-Baqarah, ayat 208;

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang dan nyata

Mudah-mudahan segala perasaan kecewa dan sedih kita itu, dapat menjadi kekuatan dan booster untuk kita terus bergerak dan bekerja. Kerana sesungguhnya kita sedar tanggungjawab merubah umat ini terletak di pundak kita semua. Harapnya jugak segala perasaan itu tadi, tidak hanya disimpan dan ditakung macam air longkang, yang membusuk sebab tidak dialirkan ke tempat yang sepatutnya.

Ayuh semua, 'reformasi' diri kita!!

Friday, July 8, 2011

Suatu hari pernah ditegur Allah (memang rasa tertampar sngt2!!!). Adalah hari tu, tolong umi jaga booth kek lapis. Pastu tengah dok layan2 customer yg datang, tetiba ter'serempak' dengan 1 quotation nih;

"Life is about who u love"

Sebaris kata-kata yng cukup mengganggu ketenteraman saya untuk beberapa hari ni..
Hidup kita ni sememangnya berlandaskan akan kecintaan kita semata-mata; contohnya, kalau ada pasangan sendiri, mesti 24/7 kita dok bergayut kat tepon ngan dia atau asyik terbayang je wajah si dia. Contoh lain lagi, kalaulah kita ni penyokong bola fanatik, cintakan bola sesangat, dapat tau je malam ni ada piala liga super, sanggup 'qiam' (bangun malam) utk menonton siaran langsung. Atau lebih up lagi, sanggup tempah tiket flight ke negeri X untuk menyokong pasukan negeri sendiri di tempat orang. Nak katanya, kalau dah memang betul kita cintakan sesuatu dengan seluruh jiwa raga, mesti seluruh kehidupan kita akan dihabiskan untuk memperjuangkan kecintaan kita tu!!!

Hakikatnya, kita yang sedang atau baru atau pernah (pape je la) mengenai Islam yg sbenarnye ni, seringkali mengatakan, "Oh, aku nak sangat rasa cinta Allah tu mcm mana" atau rasa yang cinta kita kat Allah dah cukup besar. Malu didengar dek penduduk langit kat atas sana tu atau didengar oleh para sahabat yang dah duduk-duduk kat dipan2 syurga tu. Sebab kalaulah betul kita memang cintakan Allah, seharusnya seluruh hidup kita ni berorientasikan suruhan Allah dan warisan Nabi SAW.
If u really love Him, then your life should be all about Him. Which means that, kita akan buat apa je yang Allah dah suruh sebagai 2 misi besar kita dihidupkan, which is 2:30 and 51:56. (Err, tolong refer kat quran ye, tu no. surah n ayat keberapa =) )

Buat mereka yang bergelar seorang daie, seharusnya kita lebih merefleksi diri akan segala amalan perbuatan kita. Kalaulah memang betul kita nakkan kemenangan yang agung tu (refer 9:100) which are keredaan Allah & nikmat syurga tu, kenalah mencorakkan kehidupan kita dengan perkara2 yang mendekatkan diri kita kepada Allah, bukannya sengaja membiarkan diri jadi berkulat dengan karat-karat jahiliyah yang 'diternak' dalam diri tu. Bangkitlah dari tidur panjangmu wahai sahabat dan bergeraklah mengikut kemampuanmu, kerana inshaAllah setiap langkah perjuangan ini pasti akan diambil kira buat timbangan Al-Mizan di akhirat kelak. Cuti bukanlah sebagai satu alasan buat kita untuk semakin menjauhkan diri dari rahmatNya, tetapi sepatutnya dipandang sebagai salah satu wasilah (medium) ujian kita di luar kandang tarbiyah kita selama ni.

Cukuplah ayat 11, surah Al-Hajj ini sebagai sebuah peringatan dari Allah:

"Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah hanya di tepi, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata"


Dalam keadaan sedar atau pun tak, manusia zaman sekarang kebanyakannya menjadi 'penyembah tepi' Allah,  maksudnye, bukan jadi muslim sepenuh masa, sedangkan itulah satu-satunya task kita hidup sebenarnya. Oleh itu marilah kita semua berusaha sepenuhnya untuk menjadi 'a full time muslim' dan berjuang demi kecintaan kita pada Allah.

.....kerana hidup tanpa perjuangan itu adalah suatu keaiban... (Anonymous)