Saturday, April 17, 2010

Finding remedy for wounded heart...

 

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah..
Terima kasih kepada Allah kerana telah memudahkan perjalanan sharing semalam. Sebenarnya, Allah telah

memberi ilham kepada saya melalui bad experience that i've been through few weeks ago. It feels like my

heart suddenly became empty, andd i've nothing to fill it up. Sebab itulah kita kena selalu menjaga hubungan

kita dengan si Dia. Kalau dengan manusia kita boleh bersungguh-sungguh menjaga hati dan perasaan mereka,

ini kan terhadap Pencipta mereka dan kita?? Adakah adil untuk kita double-standardkan Dia?

Ok, berbalik kepada tajuk kita. Sebagai manusia, kita tidak terlepas dari mengalami perasaan sedih, gelisah, kosong dan etc. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah An-Najm, ayat ke 43. 

"Dan Dialah yang menjadikan orang ketawa dan menangis". 

Kita sering terlupa bahawa di saat kegembiraan kita, Allah lah yang telah memasukkan rasa gembira ke dalam

hati kita atau menyisipkan rasa bersedih tatkala kita menangis. Allah tidaklah sebegitu kejam untuk

menjadikan sesuatu tanpa penawarnya, kerana semua sudah sedia maklum, semua penyakit didunia ini ada

penawarnya, kecuali tua dan mati.Allah berfirman dalam surah Yunus,10:57..

"Wahai manusia! Sungguh telah datang padamu pelajaran (Al-Quran), dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman"

Hati akan lebih terhibur jika diisi dengan kalamullah kerana itulah fitrah manusia.

2 comments: