Monday, December 27, 2010

Syurga itu...

Bismillahhirrahmannirahim...
 Sebenarnya, dah lama saya nak share benda ni tapi entah..baru sekarang dapat menulis.. pasal syurga..
Syurga; destinasi yang diimani org mukmin (n even non-muslim) n malah diidami oleh seluruh manusia..
Tapi kita dah lali kalau org sekeliling sebut pasal syurga..
Sebab dah common sangat, betul x??
Kenape agaknye Allah cerita banyak kali dalam quran pasal syurga??
Sbab nak kite membayangkan ni'mat syurga yg x terjangkau.. Nak ape je, muncul depan mata.. Nak nasi lemak DS, aiskrim maksu ape2 je.. sekelip mata je terus dapat =)
kalau kat dunia ni nak turun blok p DS pun payah, siap suruh org tapau lg..
Jangan risau, kat syurga nanti hang dok rilek je k..

(Surah Muhammad: 15)
Perumpamaan taman syurga yg dijanjikan kepada org2 yg bertakwa;
di sana ada sungai2 yg airnya x payau, dan sungai2 air susu yg x berubah rasanya,
dan sungai-sungai arak yg lazat rasanya bagi peminumnya, dan sungai2 madu yg murni.
Di dalamnya mereka memperoleh segala macam buah-buahan dan ampunan dari Tuhan mereka...

(Al-Ghashiyah: 8-12)
Pada hari itu banyak pula wajah yg berseri2, merasa senang karena usahanya,
mereka dalam syurga yang tinggi, di sana (kamu) tidak mendengar perkataan yg x berguna,
di sana ada mata air yg mengalir.....

Tengok, Allah dah prepare habis2 dah untuk kite..
Tapi, pernah ke kite berhabis-habisan untuk die??

Please consider this situation:-

Satu hari Ali mengajak Abu, kawan baiknya datang ke rumah. Pada mulanya, Abu berasa malas nak p, tapi bila Ali dah start pujuk ngan makanan kesukaan Abu, let's say: spaghetti bolognese n jus oren, barulah Abu setuju nak datang pi rumah si Ali ni. Sbnarnya Ali ni nak jumpa Abu je n jadikan makanan tadi sebagai umpan supaya die datang. Bijak x si Ali ni??

Pada saya, kenapa Allah nak sediakan segala kenikmatan ni untuk hamba-hamba Dia ni,
adalah 1) sebagai rewards amalan baik mu'min
           2) sebab Allah nak jumpa semua hamba-hambanya yang telah berusaha keras kepadaNya..

Faham ke?? Allah yang Maha Penyayang nak jumpa hamba2 Dia!! Perasaan yang jauh lebih hebat dari dijemput Agong makan kat istana. Allah tahu n kenal apa kesukaan hambanya; kenikmatan dunia. That's why Allah lipat kaligandakan nikmat syurga dari dunia, supaya kita lebih terliur nak masuk syurga, & nikmat tu kiranya hanya sebagai umpan ke arahNya.

Ingatlah, nikmat yang paling ultimate sekali: nikmat berjumpa dengan Allah, tatkala Dia membuka hijabnya kepada hamba2nya di syurga...

"Ya Allah, ya Rabbi, luruskanlah hatiku untuk mencapai redhaMu semata-mata"

Friday, December 24, 2010

Ya Muqallibal qulub.....

Bismillahirrahmanirrahim...

Sekadar hendak berkongsi cetusan hati, diilhamkan oleh Rabbi..
Saya risau hendak menulis apa2 sbnarnya, tapi memandangkan saya dan manusia2 lain sentiasa berada dalam perjanjian dengan-Nya, iaitu 2 tugas utama itu, saya mesti buat jugak. Memandangkan kita mesti menggunakan sepenuh peluang yang ada untuk menjalankan perintahNya, tulisan ni inshaallah akan digunakan ke arah itu.

Minggu sebelum exam di KMB, saya berperang dengan masalah jiwa dan raga... Masalah cinta yang semakin berkurang, cinta padaNya... Tanpa disedari, Tuhan dah banyak kali tegur saya, especially melalui adik2 junior, tapi one night ni baru saya tersedar yg saya semakin jauh dariNya, futur iman..

Segala puji bagi Nya, saya terasa seperti disimbah dengan air gunung (faham x mcm mana perasaan tu??) rasa sangat segar lepas membaca surah Baqarah, ayat 152-157, Saya menangis sebab rasa terharu sangat2 pada Allah yang baik sangat2sebab sudi untuk memimpin hati ini, balik ke jalan Nya..

Bagi saya, nilah ayat2 cinta sebenarnya, yang evergreen sampai ke hari Kiamat... X dapat nak jumpa penggantinya...