Bismillahirrahmanirrahim...
Sekadar hendak berkongsi cetusan hati, diilhamkan oleh Rabbi..
Saya risau hendak menulis apa2 sbnarnya, tapi memandangkan saya dan manusia2 lain sentiasa berada dalam perjanjian dengan-Nya, iaitu 2 tugas utama itu, saya mesti buat jugak. Memandangkan kita mesti menggunakan sepenuh peluang yang ada untuk menjalankan perintahNya, tulisan ni inshaallah akan digunakan ke arah itu.
Minggu sebelum exam di KMB, saya berperang dengan masalah jiwa dan raga... Masalah cinta yang semakin berkurang, cinta padaNya... Tanpa disedari, Tuhan dah banyak kali tegur saya, especially melalui adik2 junior, tapi one night ni baru saya tersedar yg saya semakin jauh dariNya, futur iman..
Segala puji bagi Nya, saya terasa seperti disimbah dengan air gunung (
faham x mcm mana perasaan tu??) rasa sangat segar lepas membaca
surah Baqarah, ayat 152-157, Saya menangis sebab rasa terharu sangat2 pada Allah yang baik sangat2sebab sudi untuk memimpin hati ini, balik ke jalan Nya..
Bagi saya, nilah ayat2 cinta sebenarnya, yang evergreen sampai ke hari Kiamat... X dapat nak jumpa penggantinya...
No comments:
Post a Comment